Friday, 1 July 2016

"SETAHUN JAGUNG"

Setahun jagung adalah satu peribahasa untuk seseorang dalam memulakan sesuatu perkara ataupun dalam perniagaan. Salah seorang darinya adalah aku, dimana aku sangat baru dalam bidang perniagaan ini. Selama 25 tahun aku bernafas atau aku hidup atas dunia ini aku tidak pernah terfikir tentang perniagaan ini. Bidang yang aku ceburi ini adalah perniagaan 'sewa kereta', sebelum ini aku hanya tahu menyewa kereta sahaja tapi tidak tahu selok belok perniagaan sewa kereta... Permulaan aku bermula di sini bila aku tengok abang aku yang sulong pajakkan kereta myvi kepada kawan dia dan hanya tunggu duit masuk sahaja setiap bulan... Aku terus rasa nak bertanya dan dia menjelaskan semuanya pada aku, aku rasa amat tertarik dengan perkara ini, yelah sape tak nak duit bukan...Orang gila pun nak duit, abang aku menyuruh aku mencari syarikat sewa kereta yang inginkan pajakkan kereta...aku tidak tunggu lama, aku terus la cari dalam google 'pajak kereta di bangi' dan dalam beberapa syarikat kereta sewa aku hubungi, biasala ada yang layan x layan..ada yang sombong tapi aku cuba lagi call yang last sekali, dalam hati aku kalau yang ni jugak sama aku sudah malas nak layan semua ini. Bila aku call suara laki mengangkat panggilan aku dengan nada yang lembut dan mesra..aku bertanya la tentang apa aku nak tanya, tapi dia terus cakap pada aku ingin berjumpa bertentang mata dan baru bincang pasal perniagaan.. Pada hari minggu aku berjumpa dengan lelaki ini dekat salah satu restoran di bangi, kulit dia hitam manis, tinggi, dan berkaca mata..kami duduk sambil order air lalu aku tanya la apa aku ingin tahu tentang proses pajakkan ini, dia pun apa lagi bercerita la tentang proses tersebut lama la jugak..tiba-tiba dia tanya umur aku berapa dan bekerja dekat mana, aku bagitahu umur aku 25 tahun dan masih belajar di universiti kuala lumpur (MFI) di bangi...dia diam sejenak dan dengan nada yang slow dia cakap jom buat kereta sewa dan duduk bawah abang..abang akan ajar dari A to Z, aku terdiam sejenak berfikir betol ke ni dalam masa yang sama aku takot untuk mulakan...selepas dia meyakinkan aku, aku terus berkobar-kobar untuk terus buat perniagaan kereta sewa dan lupakan tentang pajakkan...aku memanggilnya abang rizal, dia mula mengajar aku tentang selok belok kereta sewa dan aku amat berterima kasih pada abang rizal kerana memberi tunjuk ajar kepada aku..aku sangat baru dalam bidang ini dan dia kenalkan aku dengan kawan-kawan dia yang sudah lama dalam bidang ini...aku mulakan dengan sebiji kereta perodua axia dan syukur sudah sebulan lebih aku dapat tambah sebiji lagi kereta axia...lepas ni aku nak sewakan jugak kereta proton satria neo aku..aku ingat kata-kata abang rizal dalam apa-apa bidang sekali pun permulaan untuk kita bangunkan atau majukan sesuatu perniagaan amatlah perit tetapi kita jangan berputus asa terus gigih dan terus gigh...cukupla sampai sini dulu cerita aku dan aku akan sambung lagi bila tiba waktu nya....jangan lupa sila hubungi saya nik ghazali di talian 01133321286(call)/01116813371(whatsup) untuk menyewa kereta.....

No comments:

Post a Comment